KESANTUNAN BERBAHASA
DEFINISI KESANTUNAN
BAHASA
"Kesopanan dan kehalusan dalam
menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau
tulisan."
KONSEP KESANTUNAN
BERBAHASA
·
Cara dan bentuk bahasa
yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
·
Timbang rasa yang kita
berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
·
Contoh: Bahasa yang
digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
·
Cara sapaan lisan/
bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap
sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
·
Kehalusan budi bahasa
dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
·
Dalam kesantunan
berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
·
Sistem sapaan dan
panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
·
Kesantunan berbahasa
mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi
perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
·
Kesantunan berbahasa
merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
·
Pemilihan kata mesti
sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan
pendengar.
·
Nada mestilah rendah
dan lembut.
·
Gerak laku haruslah
lemah lembut
·
Gaya dan ragam
mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
·
Kesantunan berbahasa
juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras
bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
·
Kata dan ungkapan
bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan
cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
TAKRIFAN KESANTUNAN
DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA
·
Perlakuan yang
mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)
·
Usaha mengekalkan
komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
·
Perlakuan yang
mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)
·
Kesantunan ialah usaha
mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)
·
Penggunaan bahasa
sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)
·
Perlakuan yang
diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)
Takrifan lain tentang
kesantunan bahasa:
·
Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji
secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan
interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
·
Watts
et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang
digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan
sosial.
·
Awang
Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
·
Siti
Hajar Abdul Aziz (2009)-
kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan
beradab.
RUMUSAN KONSEP
KESANTUNAN
Kesantunan merupakan
kata-kata atau perlakuan yang:
·
sesuai
·
tidak menimbulkan
konflik
·
sentiasa menjaga air
muka pendengar
·
ikhlas
·
merangkumi hubungan
antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus
untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak
pandai;
“Yang
korik itu kendi,
Yang
merah itu saga;
Yang
baik itu budi,
Yang
indah itu bahasa.
KONSEP MUKA
Konsep Muka Goffman:
·
Muka sebagai nilai
sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang daripada pihak lain dalam
sesuatu interaksi.
·
Muka ialah imej yang
menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi apabila seseorang mempamerkan
sesuatu tindakan dan perlakuan yang baik.
·
Dalam hal ini,
peraturan sosial dapat dikekalkan sekiranya setiap individu menghormati hak
orang lain seperti kehendaknya menjaga hak sendiri.
·
Goffman telah
mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk menjaga muka kepada dua tugas,
iaitu tanggungjawab menjaga muka sendiri dan tanggungjawab menjaga muka orang
lain.
·
Bagi menunaikan
tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh bertindak dengan mengelakkan sesuatu
keadaan yang mengancam muka. Antara caranya:
(a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan
memalukan sendiri kerana
tidak pasti tentang topik tersebut.
(b)Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu sendiri
ataupun pihak lain.
(c)Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan yang
memalukan itu.
Konsep Muka B & L
·
Memberatkan kehendak
muka individu
·
Muka ialah kehendak
asas setiap individu dan kehendak tersebut turut difahami oleh pihak lain.
·
Kehendak muka positif
atau kehendak muka negatif ialah kehendak asas seseorang dan berbentuk
universal.
Konsep Muka Cina
·
Moa (1994) telah
mengetengahkan konsep mianzi dan lian yang menjadi asas pemilihan strategi
kesantunan China.
·
Gu (1988) dan Moa
(1989) sependapat dengan Ide dan Matsumoto yang mendedahkan bahawa di kalangan
masyarakat Timur, muka itu bukan menjadi hak individu seperti yang diperkatakan
oleh B & L.
·
Mereka berpendapat
bahawa muka sama ada di kalangan orang China mahupun orang Jepun menjadi
identiti kumpulan sosial dan pendapat tersebut telah menolak pendapat B & L
yang menekankan individualisme.
Konsep muka dalam
masyarakat Melayu
·
Muka dalam masyarakat
Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000: 101)
·
Menjangkau ruang
lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualan.
·
Melibatkan anggota
keluarga/ masyarakat.
·
Merujuk kepada
hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan.
·
Dalam sembahyang
dibaca doa:
"Sesungguhnya
aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan semua yang ada
di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan diri."
"Maka
hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah
Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan
pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak
mengetahui."
(al-Ruum:
30)
"Dan
kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah
wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha
mengetahui."
(al-Baqarah:
115)
MODEL KESANTUNAN
BAHASA
Model Kesantunan
Lakoff (1975)
·
Jangan memaksa
·
Berikan pilihan
·
Jadikan pendengar
selesa
Model Kesantunan Asmah (2000)
·
Kesantunan
Asas: Kesantunan yang sedia ada - sikap
berbaik-baik dalam masyarakat.
·
Kesantunan
Berkendala: Usaha yang dilakukan dalam sesuatu
interaksi.
Kesantunan Berkendala
·
Siapa yang bercakap?
·
Apa yang dicakapkan?
·
Di mana percakapan
berlaku?
·
Mengapa percakapan
berlaku?
·
Bagaimana cara
percakapan disampaikan?
STRATEGI KESANTUNAN
ORANG MELAYU
Kategori Strategi
Budiman
·
Strategi ikhlas
·
Strategi memudahkan
·
Strategi merendah diri
·
Strategi maaf
Kategori Strategi
Kerjasama
·
Strategi penyelesaian
·
Strategi persetujuan
·
Strategi muafakat
·
Strategi memberi
peluang
Kategori Strategi
Menyenangi
Kategori Strategi
Kiasan
Kategori Strategi
Berhemah
Kategori Rujukan
Sumber (merujuk sunah)
Kategori Strategi
Ungkapan Rabbani
·
Ungkapan salam
·
Bismillah
Kategori Strategi
Bukan Bahasa
·
Senyum
·
Bersalam
·
Duduk
·
Artifak
KESANTUNAN BAHASA
DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU
Falsafah Pendidikan Kebangsaan:
"Pendidikan
di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harminis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara."
CONTOH KESANTUNAN
DALAM TEKS KOMSAS
Sehijau Warna Daun
(a) Perlakuan bahasa
·
Memberikan
kata nasihat dalam bentuk pujukan.
"Belajarlah nak
bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak."
·
Kata-kata
pujian
"...Eh, masih
bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,"
·
Kata
panggilan yang sesuai
"Rizal nak
nasi lagi?" tanya Ramli.
"Tak nak, bang. Ijai dah
kenyang," jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.
(b) Bukan perlakuan
bahasa
·
Empati
Ramli melihat susuk
tubuh ibunya penuh penderitaan.
·
Air
muka/ raut wajah
...wajahnya amat
manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar
menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
·
Menunjukkan
sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang
tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya
ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
Kerusi
·
"Tapi hakikatnya
kita tetap berbeza Jun. Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab."
·
"Jun tak suka
Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan
mengagumi keberanian itu."
·
"Aku memang
selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan
dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri."
·
Senyum Junainah mekar
dan segar.
·
"Ya, Allah,
pandulah saya menghadapi musibah ini,"
·
"Insya Allah,
saya akan datang!"
·
"Tak mengapa,
nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi tu. Tidak ada
sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak."
KONSEP PENJAGAAN MUKA
SEBAGAI ASAS KESANTUNAN
·
Merujuk kepada air
muka
·
Berkait rapat dengan
maruah diri.
·
Terdapat pelbagai
peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan
sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
·
Sesuatu perlakuan yang
buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
·
Sewaktu berinteraksi,
orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
·
Penggunaan bahasa dan
perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi
unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah
itu benar.
·
Mulut boleh
mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan
mulut perlulah dikawal.
·
Penjagaan lidah juga
penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah
bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
·
Percakapan juga tidak
boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
·
Kata-kata
menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan
kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang
santun dan sebaliknya.
Konsep Penjagaan Muka
Sebagai Asas Kesantunan Dalam Cerpen:
Cerpen 'Memori Seorang
Tua' karya Zahari Affandi, antologi Harga Remaja
"Pak, cantik
tak?" laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela.
·
Penggunaan kata 'pak'
menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak Itam sebagai seorang yang
lebih tua daripadanya.
Cerpen 'Idola' ,
antologi Harga Remaja
"Saudara
berhentilah memuji saya. Sau... saudara pujilah diri saudara sendiri,"
sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga
panggung.
·
Perbualan di atas
menggambarkan si hero menjaga muka si penjaga panggung apabila bertutur
dengannya dengan menyuruhnya berhenti memuji si hero, sebaliknya memuji dirinya
sendiri.
Cerpen 'Israk' karya
Erda Roslan Khairi, antologi Harga Remaja
"Abang tak mahu
pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti,"
kata Mikraj.
"Tak perlu!"
Israk menghayun kata-kata.
"Mengapa? Abang
takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu
berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas
dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain
orang?"
·
Perbualan di atas
menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan kesantunannya ketika
bertutur dengan adiknya, Mikraj.
"Jering tempoyak
lagi!" rungut Israk.
Terkedu Wah
mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara
di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir
saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.
·
Pertuturan di atas
menunjukkan Israk tidak menjaga maruah neneknya, Wah kerana dia mengkritik
makanan yang disediakan oleh Wah secara terus-terang.
KONSEP KESANTUNAN
MERENTAS BUDAYA
Pengenalan:
·
Budaya= Budaya atau kebudayaan (daripada
perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi
perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya
membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
·
Kebudayaan mempunyai
hubungan erat dengan masyarakat.
·
Menurut Melville
J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu
yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh
ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.
·
Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu
yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini
disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
·
Andreas
Eppink pula, kebudayaan
ialah keseluruhan pengertian, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur
kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang
membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
·
Edward
B. Taylor. Beliau memandang
budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan
lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai
anggota masyarakat.
·
Kesantunan= aturan perilaku yang ditetapkan dan
disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus
menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.
·
Ketika dia dikatakan
santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan
secara mendadak mahupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama)
·
Penilaian kesantunan=
bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam
masyarakat masing-masing (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)
KESANTUNAN MERENTAS
BUDAYA
·
Konsep kesantunan
tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
·
Konsep kesantunan
merentas budaya yang pelbagai
·
Pemahaman tentang apa
yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi
penekanan dalam proses berkomunikasi.
·
Bila proses komunikasi
melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
·
Tahap silang budaya
boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah
laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
·
Pandangan terhadap
dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan
ia adalah sukar diubah.
·
Setiap budaya
mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah.
Contoh Kesantunan
Merentas Budaya
·
CEO berbangsa Jepun
berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek
perniagaan mereka.
·
Seorang pakar
penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom
Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang
Kanada dan orang UK.
Segala komunikasi
terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum
jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat
·
lisan/bahasa
·
pergerakan/tingkah
laku
·
mimik muka
KESANTUNAN MELALUI
ADAT PERKAHWINAN
ADAT PERKAHWINAN
MELAYU
Ia terdiri daripada
lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:
Peringkat pertama
·
Merisik atau menengok
·
Meminang atau
bertunang
·
Menghantar belanja dan
akad
Peringkat kedua
·
Berandam dan berasah
gigi
·
Berinai
Peringkat ketiga
·
Bersanding
·
Mandi limau
·
Sambut-menyambut
ADAT PERKAHWINAN INDIA
Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali
sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran
Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Langkah-langkah:
·
Merisik
·
Kunjungan ke rumah
pengantin
·
Ikat janji
·
Kad jemputan
·
Penyediaan Thaali
(Tjrumaanggalyam)
·
Mukuurtta Kaal
·
Thirumanan
·
Pengantin dijemput ke
dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar)
·
Ditandakan photu
·
Dibawa naik ke atas
pelamin
·
Penerusan upacara
·
Kalungan bunga malai
·
Ikat thali
·
Keliling api
·
Mohon restu ibu bapa
(mencium kaki kedua ibu bapa)
ADAT PERKAHWINAN CINA
·
Kedua-dua ibu
bapa diberikan tempat duduk.
·
Pinangan: Ketika ibu bapa
seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari
tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik.
·
Pembandingan
Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak
membantah terhadap pinangan, tukang risik akan akan membandingkan hari jadi
pasangan tersebut.
·
Harga
Pengantin Perempuan (Hadiah
Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur
tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan)
termasuk surat pertunangan kepada keluarga bakal pengantin perempuan.
·
Penyampaian
Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-beza,
bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.
(a) Perlakuan bahasa
Langkah-langkah:
No comments:
Post a Comment