ISU SIKAP IBU BAPA DAN MASYARAKAT
Pada alaf digital yang mendepani ombak globalisasi ini, isu ibubapa dan masyarakat dalam kesantunan seperti mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh anak sendiri dan lain-lain bukan sesuatu yang segar baru kepada kita lagi. Kita akan menemu setiap perkara ini boleh dikatakan hampir setiap kali kita membaca surat akhbar atau berita.
Dera anak perempuan 5 tahun separuh mati, reman ibu bapa dilanjut
Perintah sambungan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Puteri Nor Dina Kamalaudin hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan.
Lelaki dan wanita berusia 39 dan 30 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama tiga hari sejak Sabtu lepas.
Berikutan itu polis menahan ibu bapa kanak-kanak terbabit yang berasal dari Menglembu.
Akhbar hari ini melaporkan keadaan kanak-kanak itu semakin kritikal dan bergantung kepada mesin bantuan hayat.
Ketua Polis Daerah Ipoj ACP Sum Chang Keong dilapor berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda. – Bernama
Wanita berusia 33 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan di hadapan hakim, Roszianayati Ahmad.
Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.
Dia juga didakwa bersubahat bagi tuduhan ketiga memujuk mangsa sama dengan membenarkan suaminya mencabul kehormatan gadis itu di kediaman mereka sekitar Ampang, masa yang sama, pada Mac 2011.
Timbalan Pendakwa Raya, Zuraini Ab Hamid tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kesalahan serius dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur ketika kejadian selain menjaga keselamatan saksi pendakwaan terdiri daripada mangsa dan anak-anak wanita itu.
Roszianayati memutuskan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya perbicaraan kes itu dijalankan bersama dengan kes suaminya di hadapan hakim Manira Mohd Nor di Mahkamah Sesyen Ampang di sini.
Sementara itu, suami ustazah berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini, semalam atas dua dakwaan merogol anak tirinya itu tanpa kerelaannya dan melakukan kekerasan jenayah dengan mencabul kehormatan mangsa, pada masa dan tempat yang sama.
Pendakwaan yang diwakili Zuraini tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan sama sebelum Manira memutuskan lelaki itu tidak dibenarkan diikat jamin walaupun beliau merayu supaya mahkamah membenarkan telefon bimbitnya dikembalikan untuk menelefon penjamin.
Mahkamah menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan bagi pasangan suami isteri itu melantik peguam.
Dipetik daripada Berita Harian 2011/06/14
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bapanya yang berusia lingkungan 50 tahun dan ibunya yang berusia 30-an cuba membunuh diri kali pertama pada 11 September di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama di sini lapor Mstar.
“Mereka membakar arang di dalam bilik tidur utama sebelum mereka sekeluarga masuk tidur tetapi tidak berjaya,” katanya.
“Mereka membakar arang di dalam bilik tidur utama sebelum mereka sekeluarga masuk tidur tetapi tidak berjaya,” katanya.
“Anak perempuan mereka itu dipercayai meninggal dunia semasa percubaan kali kedua,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.
Arjunaidi berkata pasangan itu membawa mayat anak perempuan mereka ke Klang bagi mencari tempat untuk melupuskannya pada 13 September.
Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membawa balik mayat ke rumah mereka apabila mereka tidak dapat mencari tempat yang sesuai.
“Ibu bapa rakan sekelas dan anaknya lelakinya pergi ke apartmen dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab,” kata Choo, yang merupakan seorang pemilik kedai di Sri Manja Square.
“Anak lelaki pasangan yang cuba membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa kakaknya telah mati. Mereka kemudian mendapati kanak-kanak perempuan itu mati di bilik tidur utama.”
Ibu bapa rakan sekelas kemudiannya menghubungi polis. “Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan. Bapa, yang merupakan seorang kontraktor sudah tidak berkerja hampir sebulan,” katanya, sambil menambah polis juga menemui wayar kabel di rumah itu.
“Kami percaya mereka juga merancang untuk menggantung diri mereka tetapi kami masih menyiasat,” katanya.
Arjunaidi berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala abangnya telah dihantar kepada saudara. Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dipetik daripada Berita Harian 2013/09/18
KANGAR - Sesi menjernihkan keadaan antara pihak sekolah dengan penjaga kepada seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini bertukar tegang apabila seorang ibu 'naik angin' dengan menampar seorang guru sekolah itu kelmarin. Kejadian pukul 10.30 pagi itu berlaku di bilik pengetua sekolah berkenaan selepas ibu pelajar tersebut gagal menahan emosi lalu menampar pipi guru lelaki berusia 26 tahun tersebut.
Difahamkan, sehari sebelum itu, guru Matematik tersebut didakwa telah menampar pelajar terbabit selepas mendapati dia membuat bising di luar kelas sehingga mengganggu pelajar lain.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, wanita berusia 40-an tersebut mengetahui mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anaknya selepas pulang dari sekolah.
Dipetik daripada Kosmo
PETALING JAYA: Penduduk di Taman Medan di sini kecewa kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap hari yang dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah di sebuah kawasan bekas lombong yang dalam proses penutupan, berhampiran kediaman mereka.
Sampah-sarap terbabit dibawa masuk oleh berpuluh lori mengangkut sampah untuk dilonggokkan di kawasan itu setiap hari. Penduduk, Megat Ahmad Tirmidzi Megat Abdul Latiff, 48, berkata apa yang menyakitkan hati ialah sisa buangan itu bukan setakat datang dari sekitar Petaling Jaya, malah turut memuatkan sampah-sarap dari beberapa lokasi di pinggir Kuala Lumpur seperti Jalan Klang Lama, Taman Desa, Salak Selatan, Taman Overseas Union Garden (OUG) dan Jalan Kuchai Lama.
“Kami sudah lama bersabar kerana setiap hari kami menghidu bau sampah yang amat busuk. Lebih teruk, ada anak kecil kami sakit akibat tiada selera makan.
Ada pihak berkuasa tempatan (PBT) pun macam tiada saja.
“Ini tidak masuk akal. Kami bimbang masalah ini jika dibiarkan, akan menjadi ‘nanah’ kepada kami. Ketinggian sampah-sarap semakin bertambah sehingga melebihi ketinggian sebuah rumah dua tingkat,” katanya ketika ditemui Sentral di sini.
Operasi pembuangan sampah itu dilakukan di kawasan yang letaknya kira-kira beberapa meter saja dari Taman Buana, Taman Indah Jaya dan Taman Datuk Harun di sini.
Megat Ahmad Tirmidzi berkata, pihak persatuan penduduk kawasan itu sudah membuat aduan beberapa kali kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), namun sehingga kini usaha mereka seperti ‘anjing menyalak bukit’.
Katanya, bau busuk itu dapat dihidu di beberapa sekolah di sini seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Datuk Harun dan Sekolah Menengah (SM) Taman Medan sehingga mengganggu pelajaran pelajar.
Sentral yang meninjau kawasan pembuangan sampah yang berkeluasan kira-kira 19 hektar itu mendapati hampir 150 lori sampah keluar masuk ke kawasan itu dengan setiap lori dianggarkan mengangkut seberat tiga tan sampah.
“Tidur malam kami sering diganggu nyamuk. Saya bimbang keselamatan anak kecil. Justeru, saya berharap agar satu tindakan drastik dapat dilakukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam menangani masalah ini,” katanya.
Beliau turut hairan bagaimana perkara itu boleh terlepas pandang sedangkan tapak pembuangan sampah itu begitu hampir dengan pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan pejabat Ahli Majlis kawasan berkenaan.
Pandangan sama dikongsi jirannya, Mohammad Jazrizal Abdul Rahman, 35, yang mengadu anak perempuannya sering mengalami masalah kesihatan dan tiada selera makan sejak tahun lalu kerana tidak tahan dengan bau busuk dari tapak pembuangan sampah itu.
“Anak perempuan saya sering sakit dan gagal hadir ke sekolah kerana masalah ini. Saya cukup risau dengan masalah ini dan saya mendesak pihak berwajib segera ‘turun padang’ bagi menangani isu ini,” katanya. Dipetik daripada Berita Harian 2010/12/20
1)Kerajaan harus menguatkuasakan undang-undang.
- Ibu bapa atau penjaga yang cuai dalam penjagaan anak mereka boleh didakwa di mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim.
Keluarga
Mengawal emosi diri sendiri.
Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak Sentiasa ambil tahu perkara mengenai anak-anak mereka sama ada di sekolah, di luar rumah ataupun di rumah
Meluangkan masa menemani anak-anak mereka dan mendidik anak-anak mereka
Memberi kasih saying kepada anak-anak mereka
No comments:
Post a Comment