Wednesday, August 27, 2014

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


PENGERTIAN BUDI, BAHASA DAN BUDI BAHASA


PENGERTIAN BUDI:

  • Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan.
  • Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
  • Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
  • Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
  • Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.

PENGERTIAN BAHASA

  • Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia.
  • Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
  • Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
  • Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
  • Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.

PENGERTIAN BUDI BAHASA:

  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.

PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA

  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.
  • Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.


CIRI-CIRI BUDI BAHASA

Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut: 

(1) Bertimbang rasa
  • Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
  • bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
  • memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi

  • bersikap sabar
  • sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur

  • tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
  • tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
  • mudah memaafkan kesalahan orang lain

 (4) Bersopan-santun
  • lemah-lembut
  • tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
  • perilaku yang sopan.

 (5) Ramah mesra
  • mudah diajak berunding.
  • mesra dan memberi senyuman
  • penyabar dan tidak emosional.

 (6) Tidak mementingkan diri sendiri
  • tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
  • selalu tolong-menolong antara satu sama lain
  • memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.


BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


Kata Sapaan.

Contoh: 

KATA GANTI DIRI
ORANG YANG DITUJUKAN

Saudara/saudari

Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis.
Cik
Orang perempuan yang belum berkahwin/ berkedudukan tinggi daripada penutur.
Saya
Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali)
Aku
Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada kenalan rapat.
Patik/hamba
Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja.
Beta
Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan rakyat biasa.
Tuan
Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur.
Puan
Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.
Engkau/Kau
Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan rapat.
Tuk
Kadi/Iman/Penghulu
Anda
Digunakan dalam situasi formal dan boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.
Tuanku/ Baginda
Digunakan kepada raja.
Ia/Dia
Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada objek bukan manusia dan benda.
Beliau
Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati dan mempunyai kedudukan.
Mereka
Kata ganti diri  orang ketiga jamak.
-nya
Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya).  Boleh juga digunakan sebagai kata ganti  diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya)

Rujukan orang yang telah meninggal dunia

Contoh: 

ALMARHUM
Digunakan untuk kerabat diraja lelaki
ALMARHUMAH
Digunakan untuk kerabat diraja wanita
ALLAHYARHAM
Digunakan untuk lelaki Islam
ALLAHYARHAMAH
Digunakan untuk perempuan Islam
MENDIANG
Digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan Islam


Kata Gelaran

Contoh: 

GELARAN
RUJUKAN HORMAT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Raja-raja
Duli yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Bergelar warisan (Tengku, Raja, Tunku, Engku, Ungku)
Yang Mulia
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Tun
Orang Besar Empat
Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang Dipertua Negeri
Yang Berbahagia
Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Seri, Datuk Seri Paduka.
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Arif
Kadi
Sahibul-Fadilah
Mufti
Sahibus-samahah
Ketua Jabatan/Guru Besar
Yang Berusaha


Panggilan

Contoh: 
  • Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
  • Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
  • Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
  • Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
  • Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
  • Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Memberi Salam


Bertanya Khabar


Melayan Tetamu – Jamu Makan



Menghormati Orang Tua



AMALAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA


1. Masyarakat Melayu:

Contoh: 
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama. 
  • Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.
  • Memberi salam apabila bersua.
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.

2. Masyarakat Cina:

Contoh:
  • Tunduk ketika memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
  • Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
  • Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

3. Masyarakat India:


Contoh:
  • Duduk bersila ketika makan.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Senyap semasa bersembahyang.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
  • Mematuhi adat dan resam.
  • Salam orang yang lebih tua.

    AMALAN BUDI BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA MELAYU


    DRAMA BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH


    1. Memohon maaf dan bertaubat setelah menyedari kesilapan yang telah dilakukan.

    Contoh:

    • Bawang merah : bawang putih ! aku mohon maafkan aku. Maaf karna sikapku selalu jahat padamu. Sungguh aku minta maaf.

    2. Bersikap pemaaf


    Contoh:

    • Bawang putih : sudahlah. Aku sudah memaafkan kalian. Aku yakin kalian bisa berubah.

    3. Memberi salam


    Contoh:

    • Ibu bawang merahselamat pagi bu. Sendirian aja nih?

    4. Mengucapkan terima kasih


    Contoh:

    • Ibu bawang daunwalaikumsalam. Terima kasih ya.

    DRAMA KAKI KAMBING


    1. Memberi salam semasa masuk rumah.

    Contoh:

    • Manap: (memberi salam). kau tengah buat apa tu?
    • Munah: (menjawab salam). hmm...tengah jahit baju abang la ni...

    2. Mengambil berat seorang wanita yang baru kehilangan suami.


    Contoh:

    • Insp. Lamin: baiklah puan. (senyap). Puan o.k ke duduk kat sini sekarang? yelah, dengan orang-orang saya sibuk menggeledah...?
    • Insp. Lamin: atau puan nak naik ke bilik puan, berehat, berbaring. saya rasa, puan mesti tertekan sekarang...

    3. Menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan mesra


    Contoh:

    • Munah: sebab saya tak jamu tetamu yang datang ke rumah. jadi suami saya tentu marah kalau saya tak jamu tuan dan orang-orang tuan makan. lagipun saya pasti, tuan dan orang-orang tuan tentu sangat lapar sekarang. dah berjam-jam kat sini. dah lepas waktu makan malam pun...jadi, tolong lah ke dapur tu, rehat sekejap. ajak orang-orang tuan makan kaki kambing panggang tu...

    4. Meminta pertolongan orang lain dengan sopan


    Contoh:

    • Munahboleh tolong ambilkan air sejuk untuk saya tak? ada di dapur kat dalam peti sejuk, saya dahaga...

    5. Menjaga perasaan orang lain


    Contoh:

    • Insp. Lamin: minta maaf puan, nampaknya kami terpaksa menggeledah rumah ni...



    No comments:

    Post a Comment